Gaji minima: Tempoh penagguhan untuk majikan kurang lima pekerja berakhir
SETELAH ditangguhkan selama enam bulan, Pelaksanaan gaji minimum sebanyak RM1,500 melibatkan majikan yang mempunyai kurang lima pekerja akan berkuat kuasa bermula hari ini. Pelaksanaan gaji minima libat semua sektor Menurut Menteri Sumber Manusia (KSM), V Sivakumar, keputusan itu dibuat kerajaan selepas mengambil kira soal kesediaan majikan dalam kategori berkenaan bagi menguatkuasakan gaji minimum baharu kepada pekerja mereka. Selain itu jelasnya, Kementerian turut mengambil kira pandangan pelbagai pihak berkepentingan berdasarkan jangkaan cabaran ekonomi serta kewangan yang bakal dihadapi tahun 2023. "Penguatkuasaan di bawah Perintah Gaji Minimum (PGM) 2022 itu melibatkan semua sektor termasuk perladangan, pertanian dan pembuatan kecuali perkhidmatan domestik dan aparentis. "Berdasarkan keputusan yang diumumkan kerajaan sebelum ini, penguatkuasaan tersebut telah ditangguhkan selama enam bulan berbanding tarikh awal yang ditetapkan iaitu 1 Januari 2023," kata Kementer...