MENTERI EKONOMI Rafizi Ramli memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan
mengumumkan 'projek mi segera' di sesuatu kawasan sempena Pilihan Raya
Negeri (PRN) pada Ogos depan.
PM beri arahan supaya amalan itu tak berlaku |
Menurut beliau, arahan daripada
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan pengumuman projek
sedemikian adalah sangat jelas dan tidak akan ada hal seumpamanya.
"Ada
dua perkara apabila bercakap soal pengumuman projek ini. Saya rasa kita
merujuk kepada projek mi segera di sesuatu lokaliti hanya kerana adanya
pilihan raya.
"Perkara ini sudah dijelaskan, tidak akan ada
(sebarang pengumuman) berkaitan hal tersebut. Arahan Perdana Menteri
juga sangat jelas mengenainya," katanya pada Persidangan Undang-Undang
Antarabangsa Malaysia, di Kuala Lumpur, hari ini.
Bagaimanapun, Rafizi menegaskan bahawa kerajaan persekutuan perlu meneruskan dasar negaranya.
"Kerajaan perlu berjalan dan kerajaan perlu meneruskan dasar kita. Kita tidak tahu bila PRN akan diadakan.
"Sebagai
contoh, kementerian saya, kita ada Majlis Tindakan Ekonomi Negara
setiap bulan. Yang seterusnya pada majlis itu adalah mengenai (dasar)
gaji progresif.
"Dan jika ada pengumuman mengenai gaji progresif, ia tiada kaitan dengan PRN, ia hanya dasar," katanya.
Pada
masa sama, Rafizi percaya bahawa kerajaan akan mengimbangi kedua-dua
perkara tersebut antara projek pembaikan segera semata-mata untuk
pilihan raya dengan tugas hakiki sebagai sebuah kerajaan