KPM sasar tiga bukan selesai isu tandas rosak |
Menterinya Fadhlina Sidek berkata, peruntukan itu bagi menyelesaikan kerja penyelenggaraan tandas sekolah dalam usaha kerajaan memastikan keselesaan pelajar.
"Kita akan berikan peruntukan penyelenggaraan kepada semua sekolah di bawah KPM akan menerima kira-kira RM70,000 untuk penyelenggaraan.
"Kami hanya beri tiga bulan sahaja untuk semua sekolah melaksanakan program ini dan mahu melihat hasil dan impak kepada (kerja) menaik taraf tandas sekolah," katanya selepas menyempurnakan Majlis Digital Utilisation and Technology Awards (DUTA) 2002 di Auditorium Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, Bukit Kiara pada Selasa.
DUTA adalah usaha KPM dalam memberikan penghargaan dan pengiktirafan yang tertinggi kepada murid, guru, sekolah, PPD dan JPN di atas pemerkasaan penggunaan teknologi secara inovatif, kreatif dan beretika dalam pengajaran dan pembelajaran selain melahirkan generasi fasih digital yang berdaya saing.
Pembangunan bakat dan modal insan dalam ekonomi digital memerlukan persiapan generasi murid yang fasih dalam bidang itu yang pada masa sama berupaya menghadapi apa juga cabaran.
Sementara itu Fadhlina ketika mengulas mengenai Dasar Pendidikan Digital berkata, dasar itu juga sudah dipersetujui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan akan dilaksanakan segera.
Jelasnya, terdapat beberapa teras penting dalam dasar itu yang berkaitan dengan digital dan apa paling penting adalah meningkatkan infrastrukturnya terlebih dahulu.
"Maka tumpuan kita sekarang adalah memperbaiki infrastruktur dan ekosistem digital seluruh sekolah dan oleh sebab itu juga kita akan bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKOM) untuk memastikan ia lebih kukuh.
"KPM juga telah menjalankan beberapa program khusus untuk mengangkat dan memperkemaskan sistem digital di sekolah dan kita berharap ia adalah usaha berterusan utk memastikan tidak ada sekolah yang terpinggir daripada digital.
"Program ini juga sudah bermula dan sebanyak 3,600 sekolah sudah mendapat manfaat daripada program Point of Presence (PoP) oleh KKOM," kata Ketua Wanita parti KEADILAN itu lagi.