DBKL umum pembaharuan bagi lesen KL Madani dilanjutkan
DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengumumkan lesen KL Madani yang dijadualkan tamat pada 30 Jun ini akan dilanjutkan bermula 1 Julai ini. Lanjutan masa diharap legakan peniaga Melalui satu kenyataan DBKL berkata, lesen KL Madani yang sebelum ini dikenali dengan nama lesen KL Prihatin diberi nafas baru dan dijenamakan semula sejajar dengan matlamat Malaysia Madani. “Bagi memperkasakan peniaga dan penjaja kecil Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, ia dilanjutkan bagi pembaharuan lesen sahaja untuk setiap enam bulan secara berterusan mulai 1 Julai nanti. “Kadar bagi pembaharuan lesen ialah RM20 bagi fi lesen dan RM30 sebulan bagi caj perkhidmatan selaras dengan tempoh dan kadar lesen sementara yang ada. “Pemegang lesen KL Madani yang akan tamat tempoh lesen, dikehendaki memperbaharui lesen secara dalam talian melalui portal https://elesen.dbkl.gov.my ,” ujarnya dalam kenyataan hari ini. Sehubungan itu, DBKL mengingatkan peniaga yang menjalankan perniagaan tanpa lesen yang s...