PUTRAJAYA akan mengkaji dasar serta strategi perundangan bersesuaian untuk membanteras aktiviti 'Ali Baba' di negara ini.
Amalan 'Ali Baba' bawa kerugian kepada negara |
Perdana
Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu diputuskan pada
mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada Isnin.
Melalui
satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, Anwar menegaskan secara
prinsip budaya ‘Ali Baba’ memberi kesan negatif kepada ekonomi dan
kerajaan sememangnya memandang serius kepada perkara itu.
“Anggaran
kerugian mencecah sekitar satu peratus daripada KDNK (Keluaran Dalam
Negara Kasar) dan melibatkan aspek perolehan, pelesenan, pemberian
permit dan kuota, serta pemberian subsidi dan geran.
"Oleh
demikian, Kementerian Ekonomi dan Jabatan Peguam Negara, dengan
penglibatan Kementerian dan agensi kerajaan, akan mengkaji dan merangka
dasar dan strategi perundangan yang bersesuaian untuk membanteras
aktiviti 'Ali Baba','kata kenyataan itu.
Beliau yang juga
Menteri Kewangan turut berkata, hasil kajian tersebut kemudian akan
dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk tindakan selanjutnya.
Sementara
itu, Anwar turut menegaskan MTEN akan terus merumuskan langkah dan
inisiatif baharu untuk menangani pelbagai tantangan melibatkan
perekonomian negara, bagi memastikan penambahbaikan tata kelola serta
perubahan struktur secara teratur demi meningkatkan potensi ekonomi
negara.
"Kerajaan sentiasa berusaha memastikan negara mencapai
Aspirasi Negara Rendah Karbon 2040 dan sentiasa bergerak maju ke hadapan
seiring dengan kemajuan teknologi semasa dan memenuhi keperluan
sosioekonomi rakyat bagi menjamin kesejahteraan Malaysia dan rakyatnya,"
katanya.