AHLI PARLIMEN Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim mendakwa, kos sara hidup pada
masa Kerajaan Madani lebih baik berbanding semasa kerajaan Perikatan
Nasional (PN) sebelum ini.
Pembangkang cuba main naratif harga barang mahal |
Menurutnya, perkara tersebut dapat
dilihat apabila membuat perbandingan beberapa barang keperluan asas
antaranya harga ayam, minyak masak, bawang besar dan lada hidup.
Bagi membuktikan dakwaan tersebut, beliau berkongsi harga empat barang keperluan asas tersebut dalam akaun Twitter milik beliau.
"Saya Hassan Abdul Karim Ahli Parlimen Pasir Gudang mohon kongsikan infografik ini.
"Kalau fakta dalam infografik ini salah, saya mohon ampun dan maaf. Saya ambil tanggungjawab.
"Tetapi
kalau fakta tersebut benar, nampaknya keadaan kos sara hidup sekarang
lebih baik dari sebelum ini," ciapnya menerusi akaun Twitter miliknya.
Menerusi
ciapan berkenaan, infografik itu membandingkan harga barangan tersebut
iaitu harga ayam RM9 satu kilogram (kg) di bawah Kerajaan Madani ketika
ini berbanding RM12 untuk 1kg di bawah kerajaan PN.
Begitu juga
harga minyak masak RM29.90 sebotol, bawang besar RM1.70 sehingga RM2
satu kg dan lada besar RM12 sehingga RM15 satu kg di bawah Kerajaan
Madani.
Ini lebih murah berbanding harga minyak masak RM42
sebotol, bawang besar RM4 sehingga RM5 satu kg dan lada besar RM50
sehingga RM100 satu kg di bawah kerajaan PN.
-AA