DASAR Karbon Kebangsaan yang bertujuan menyediakan panduan, seterusnya
membantu usaha perdagangan karbon di peringkat negeri dijangka siap
untuk dilaksanakan tahun ini, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan
Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Kerajaan teliti keperluan kuatkuasa undang-undang |
Beliau berkata mesyuarat
Majlis Tindakan Perubahan Iklim Malaysia (MyCAC) yang dipengerusikan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diadakan Jumaat ini bagi
membentangkan status terkini dasar serta memperincikan skop perundangan
yang perlu dilaksanakan di bawah kerangka dasar berkenaan.
"Mesyuarat ini akan turut dihadiri Menteri Besar dan Ketua Menteri setiap negeri.
"Fungsi
di peringkat persekutuan adalah sebagai pemudah cara (bagi aktiviti
perdagangan karbon) di negeri terlibat, jadi kita akan sediakan dasar
tersebut tahun ini dan asasnya akan dibentangkan dalam mesyuarat MyCAC
pada minggu ini," katanya memetik laporan Bernama.
Nik Nazmi
berkata berdasarkan hasil perbincangan dalam mesyuarat berkenaan nanti,
kerajaan akan turut meneliti keperluan penguatkuasaan undang-undang bagi
aspek kawal selia dan pengewangan perniagaan karbon.
"(Perdagangan
karbon) ini tidak memerlukan pindaan undang-undang kerana ia cuma
melibatkan segi perundangan dan dasar sahaja," katanya.
Menurutnya,
kementerian giat mengadakan perbincangan berkaitan perdagangan karbon
bersama kerajaan negeri memandangkan hal berkaitan tanah bagi
penyimpanan karbon adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.
Pada
30 Jun lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof
berkata kerajaan sedang memperincikan cadangan untuk meletakkan aktiviti
perniagaan karbon di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).
Fadillah
yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata buat masa ini,
segala isu berkaitan dengan karbon berada di bawah bidang kuasa
Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC).
-AA