KEMENANGAN calon Pakatan Harapan (HARAPAN) dari KEADILAN R Yuneswaran di Parlimen Segamat pada PRU15 tahun lalu dikekalkan.
Mahkamah kekal kemenangan Yuneswaran |
Keputusan
itu dibuat Mahkamah Pilihan Raya Muara, menolak petisyen pilihan raya
bekas calon daripada Barisan Nasional (BN) M Ramasamy yang sebelum ini
mencabar kemenangan Yuneswaran.
Hakim Radzi Abdul Hamid ketika
membuat keputusan itu berkata, beliau mendapati petisyen dikemukakan
Ramasamy cacat dan tidak menepati keperluan Akta Kesalahan Pilihan Raya
1954.
Susulan itu beliau mengarahkan Ramasamy membayar kos
RM30,000 masing-masing kepada Yuneswaran dan Suruhanjaya Pilihan Raya
(SPR).
Pada PRU November lalu, Yuneswaran menang di Segamat
dengan majoriti 5,669 undi mengalahkan Ramasamy, dan calon Perikatan
Nasional, P Poobalan, selain calon Pejuang, Syed Hairoul Faizey.
Ramasamy dalam petisyen yang difailkan mendakwa Yuneswaran dan ejennya melanggar peraturan pilihan raya melibatkan bahan kempen.
Calon daripada MIC itu turut mendakwa Yuneswaran mengedarkan bungkusan makanan kepada pengundi ketika berkempen.