KETUA
Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Mohammad Agus
Yusoff menggesa semua pihak berhenti menggunakan sentimen agama dan
perkauman sempit.Semua pihak perlu berusaha kukuh perpaduan
Dalam satu kenyataan, Muhammad Agus berkata,
tindakan menimbulkan kegusaran dikalangan orang Malayu dengan dakwaan
bangsa dan agama mereka terancam jika berterusan akan hanya menimbulkan
ketegangan kaum
Lebih parah, ia dibimbangi akan menyebabkan peristiwa hitam negara berulang seterusnya menjadikan keadaan negara kucar-kacir.
“Negara
kita telah melalui tragedi akibat ketegangan kaum ini seperti dalam
peristiwa 13 Mei 1969, Memali 1985, dan Operasi Lalang 1986.
“Apakah kita mahu tragedi hitam politik negara tersebut berulang lagi? Tentunya tidakkan?
“Dalam
sebuah negara majmuk, sarjana bersetuju etnik majoriti harus menguasai
kuasa politiknya. Namun, ini tidak bermakna etnik majoriti boleh
menafikan hak etnik minoriti.
“Ini telah lama di persetujui dan
sudah termaktub jelas dalam perlembagaan kita. Sayangnya, realiti
politik kita tidak begitu,”katanya menerusi hantaran di Facebook.
Mohammad
Agus berkata begitu sebagai mengulas artikel dari Pertubuhan-Pertubuhan
Pembela Islam (PEMBELA) bertajuk Empangan Murtad Bakal Pecah.
Kata Mohammad Agus, artikel berkenaan tidak bertanggungjawab dan mengelirukan.
“Apa
kandungan utamanya? Artikel ini menyatakan kedudukan Islam terancam
kerana sejak kebelakangan ini, beberapa kes yang melibatkan kepentingan
Islam telah difailkan di Mahkamah yang bakal menyaksikan beberapa
enakmen pentadbiran Islam di negeri-negeri bakal dicabar untuk
dibatalkan.
“Sekiranya tuntutan ini berjaya, ia bakal menyaksikan
semua Mualaf yang diislamkan melalui prosedur dan enakmen-enakmen yang
dicabar tersebut, akan dimurtadkan secara besar-besaran.
“Artikel
ini tidak bertanggungjawab dan mengelirukan. Statistiknya tidak
dinyatakan. Berapa kes mahkamah? Apakah yang kerajaan atau bukan Melayu
telah buat sehingga Islam dikatakan terancam?' soalnya.
Bekas
Ahli Akademik itu turut menyifatkan penerbitan artikel itu bertujuan
untuk membangkitkan emosi perkauman supaya orang Melayu menolak kerajaan
sekarang yang didakwa tidak menjaga kepentingan Melayu dan Islam.
“Oleh
itu, saya merayu anak muda dan rakyat Malaysia yang mahu melihat kita
maju untuk menolak sentimen kaum dan agama ini, apa tah lagi sentimen
tanpa fakta dan data. Bagi saya, ini pandangan mereka yang mindanya
tertawan.
“Akhirnya,
marilah kita berganding bahu membangunkan Malaysia Madani yang
bertoleransi, berkeadilan dan bersatu padu. Marilah kita sama-sama
menjadi agen membawa kasih sayang dalam kehidupan bernegara.
“In
Shaa Allah, dengan cara ini, kita boleh hidup dalam keadaan harmoni dan
saling menghormati. Negara kita pula boleh melangkah maju dan gagah
untuk kembali perkasa di pentas dunia. Bukankah ini yang kita
mahu?,”soal beliau.