KERJASAMA
strategik kerajaan dengan pihak industri dalam memperkasa Pendidikan
dan Latihan Teknikal Vokasional (TVET) membuka prospek untuk graduan
bidang itu mendapat gaji lebih lumayan.
Menteri Sumber Manusia (KSM) V. Sivakumar berkata kementeriannya telah menerbitkan buku Panduan Gaji Permulaan 200 Pekerjaan Terpilih Berasaskan Kemahiran, Edisi Kedua (Tahun 2020) sebagai langkah berterusan menyokong strategi memperkukuh penjenamaan dan profil TVET di Malaysia.
Buku panduan tersebut jelasnya dapat menjadi rujukan dan asas kepada majikan dalam melaksanakan gaji permulaan yang disyorkan kepada graduan TVET berdasarkan tahap kemahiran sekali gus mampu meningkatkan motivasi dan produktiviti pekerja di negara ini.
“Kerajaan turut mengharapkan kerjasama dan komitmen berterusan pihak majikan untuk mengambil graduan TVET bekerja berserta bayaran gaji yang berpadanan dengan kemahiran yang mereka miliki,” kata di Dewan Rakyat pada Khamis ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023.

Peluang belia jadi pekerja berkemahiran tinggi |
Sementara
itu tambahnya, kerajaan berharap melalui kerjasama strategik itu, pihak
industri terlibat secara langsung dalam pelaksanaan TVET melalui
pembangunan kurikulum, penyampaian latihan, perkongsian kepakaran dan
peralatan.
“Kementerian Sumber Manusia (KSM) telah menyasarkan 50 Memorandum Kerjasama bersama syarikat berkaitan kerajaan dan pihak industri pada 2023. Sebagai permulaan, KSM sedang berusaha untuk memuktamadkan 10 Memorandum Kerjasama tersebut,” tambahnya.