PENGERUSI FELDA, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pada Sabtu mendedahkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak melaksanakan janjinya untuk melupuskan hutang peneroka.
Kerajaan Perpaduan yang selesaikan janji hapus hutang |
Beliau
berkata, pada 2021 pentadbiran Muhyiddin hanya mengumumkan pelupusan
hutang peneroka kepada FELDA, tanpa ada perjanjian bertulis dengan FELDA
untuk menunaikan komitmen itu.
"Dulu Muhyiddin semasa jadi
Perdana Menteri kata kerajaan akan bayar RM1 bilion setahun selama 10
tahun. Sepatutnya sudah mula bayar 2022. Tapi ia tak berlaku. Ia hanya
janji, tapi tak laksana.
"Sebab tak ada hitam putih dengan FELDA
untuk bantu selesaikan hutang yang banyak itu. (Perdana Menteri) Datuk
Seri Anwar Ibrahim, (di bawah) Kerajaan Perpaduan baru-baru ini putuskan
penyelesaian.
"Buat Perjanjian dengan FELDA untuk selesaikan
sukuk. Kerajaan Perpaduan bagi komitmen bayar RM1 bilion setahun kepada
FELDA untuk selesaikan hutang itu. Alhamdulillah FELDA lega dan boleh
bantu lagi peneroka," katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Muhyiddin
yang juga Presiden Bersatu semalam mendakwa tuduhan dilemparkan oleh
Anwar berhubung pelupusan hutang peneroka FELDA adalah satu pembohongan.
Bagaimanapun,
Anwar yang juga Menteri Kewangan petang tadi menyangkal dakwaan
Muhyiddin itu, dengan menegaskan beliau baru sahaja menandatangani
kelulusan pelupusan hutang itu pada akhir bulan lalu.
Sementara
itu Ahmad Shabery berkata, pada ketika itu juga FELDA terpaksa berhutang
RM9 bilion dalam bentuk sukuk untuk mengambil alih FGV Holdings Berhad
serta membayar pinjaman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan
Maybank.
"Betul, 2021 diumum hutang peneroka kepada FELDA
dilupus. Tapi FELDA pulak berhutang melalui sukuk untuk ambil alih FGV,
bayar hutang KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) dan Maybank. Banyak
tu..lebih RM9 Bilion. Macam mana FELDA nak bayar hutang?" katanya.