BERSEMPENA dengan sambutan Hari Bapa bertemakan 'Terima Kasih Ayah' yang akan
disambut Ahad ini, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat (KPWKM) memberi tumpuan kepada lima nilai pengkayaan
keluarga.
KASIH peranan utama didukung seorang ayah |
KPWKM
menerusi kenyataan hari ini memaklumkan, tumpuan itu membabitkan nilai kasih sayang, akhlak, sihat fizikal dan mental, berilmu serta harmoni atau singkatannya KASIH.
Nilai terbabit menurut kenyataan tersebut adalah teras yang perlu ada dalam keluarga yang mana akan menjadi peranan utama didukung
oleh seorang ayah.
"Hari Bapa disambut pada Ahad minggu ketiga
bulan Jun setiap tahun bagi menghargai peranan, jasa dan pengorbanan
seorang ayah yang menjadi pelindung keluarga.
'Terima Kasih
Ayah' diangkat sebagai tema pada sambutan yang jatuh pada 18 Jun tahun
ini bagi menghargai peranan ayah sebagai ketua keluarga yang menjadi
suri teladan kepada anak-anak," katanya.
Justeru, KPWKM menyeru
masyarakat untuk bersama menyemarakkan lagi sambutan Hari Bapa bagi
membentuk masyarakat dan komuniti yang lebih penyayang serta mengamalkan
sifat ihsan sememangnya menjadi tonggak dalam pembentukan Malaysia
Madani.
-AA