PESERTA Quantum Metal Ekspedisi Perpaduan Watikah Kemerdekaan 66 (QMEPWK66) tiba di Prague, Republik Czech pada jam 5 petang waktu tempatan semalam.
Peserta sempat kunjungi Muzium BMW di Munich |
Salah seorang peserta QMEPWK66, Mohd Farid Mohd Yusof yang dipetik laporan Harian Metro berkata, setakat ini ekspedisi berjalan lancar dan berjaya menarik perhatian penduduk tempatan.
"Setiap kali kami berhenti untuk berehat, kami mendapat perhatian penduduk tempatan yang akan menghampiri kami dan berbual mengenai ekspedisi. Masing-masing teruja dengan semangat dan hasrat kami untuk merealisasikan impian merdeka ini" katanya.
Misi QMEPWK66 dijadual mengambil masa selama 66 hari, dengan melalui 16 negara, membabitkan perjalanan sejauh lebih 22,000 km.