NIK NAZMI Nik Ahmad menyatakan pendirian untuk mempertahankan kenyataan berhubung pengurangan tanah rizab Melayu di Kedah.
![]() |
| Data didedahkan Nik Nazmi disedia JKPTG |
Perkara
itu dinyatakan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim
itu susulan ancaman Ahli Parlimen Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman yang mahu
merujuknya ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana didakwa
cuba mengelirukan Dewan Rakyat.
"Jawapan saya ketika Sidang
Parlimen telah disediakan oleh pihak Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan
Galian Persekutuan (JKPTG) negeri Kedah yang mengumpul data tanah rizab
Melayu oleh pihak pentadbiran tanah negeri setiap tahun.
"Saya yakin dengan kerja penjawat awam terlibat di peringkat persekutuan dan negeri," jelasnya.
Pada
29 Mac, Nik Nazmi memaklumkan, tanah rizab Melayu di Kedah, Perak dan
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berkurangan antara 2021 dan 2022.
Bagi negeri Kedah jelasnya, keluasan tanah rizab Melayu berkurangan daripada 721,888.93 hektar kepada 716,537.28 hektar.
Walau
bagaimanapun Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor pada Isnin
menafikan angka tersebut dengan menyatakan data hingga 19 Jan
menunjukkan keluasan tanah rizab Melayu di Kedah meningkat 408 hektar.
