KEMENTERIAN
Belia dan Sukan (KBS) akan meneliti ancaman siber yang didakwa dibuat
terhadap pemain badminton profesional negara Soong Joo VenPersekitaran sukan selamat mesti diwujudkan
Menterinya,
Hannah Yeoh berkata, pihak kementerian tidak akan bertolak ansur kepada
sebarang bentuk gangguan dan penderaan yang ditujukan kepada mana-mana
ahli sukan negara ini.
Hannah berkata, buli siber turut diliputi
dalam Kod Sukan Selamat, yang merupakan garis panduan untuk mewujudkan
persekitaran sukan selamat yang menjadi peranan dan tanggungjawab semua
pihak dalam menangani sebarang bentuk gangguan dan penderaan.
"Kod Sukan Selamat adalah untuk mewujudkan persekitaran yang selamat, ia meliputi ancaman dalam talian.
“Kami belum berbincang lagi dengan pegawai keselamatan kes ini, saya tidak tahu pun mengenai kes ini.