PENYOKONG Perikatan Nasional
(PN) terutama dari parti Pas digesa tidak menabur fitnah dengan memberi
persepsi bahawa siasatan dan pendakwaan terhadap beberapa pemimpin
gabungan itu sebagai terpilih.
KEADILAN Cabang Kemaman dalam satu
kenyataan berkata, penyokong Pas tidak seharusnya dipengaruhi emosi dan
mereka wajar menyemak semula fakta sebelum membuat tuduhan Kerajaan
Perpaduan mencampuri kes membabitkan pemimpin mereka.
"Penyokong Pas menuduh ini adalah bermotifkan politik untuk menjatuhkan imej Perikatan Nasional.
"Namun
mereka terlupa bahawa Pengarah SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia) Tan Sri Azam Baki sendiri adalah dilantik oleh bekas Perdana
Menteri ke 8,Tan Sri Muhyidin Yassin sendiri.
"Begitu juga dengan Peguam Negara,Tan Sri Idrus Harun juga dilantik oleh bekas perdana menteri itu.
"Ini
adalah bukti yang jelas bahawa pihak SPRM dan pejabat peguam negara
menjalankan tugas dgn penuh profesional dan tidak terpengaruh dengan
keputusan-keputusan politik," kata kenyataan tersebut.
Dalam
kenyataan sama, KEADILAN Kemaman turut menegaskan sekiranya berlaku
campur tangan dalam pendakwaan itu seperti yang didakwa, mengapa kes
membabitkan pemimpin penyokong kerajaan masih dibicarakan di mahkamah.
"Kes tersebut tidak pernah ditarik balik oleh peguam negara dan masih berjalan di mahkamah.
"Penyokong
Pas diminta jangan menabur fitnah dengan membuat tuduhan melulu,
biarkan pihak yang berkenaan menjalankan tugas secara profesional dan
memberi peluang mahkamah memutuskan sama ada pertuduhan itu benar atau
sebaliknya," tambah kenyataan tersebut.
Semalam Muhyiddin yang merupakan Presiden parti BERSATU dipanggil memberi keterangan di SPRM Putrajaya.Biar pendakwaan dijalankan dengan bebas
Azam
Baki kemudian mengesahkan Ahli Parlimen Pagoh itu akan didakwa di
mahkamah pada Jumaat berkaitan kes salah guna dana kerajaan membabitkan
Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana
Wibawa).
Pada 21 Feb lalu, bekas Ketua Penerangan BERSATU, Datuk
Wan Saiful Wan Jan, mengaku di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur mengaku
tidak bersalah atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah RM6.9
juta membabitkan program sama.
Selain dua pemimpin tertinggi
Bersatu itu, Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut, Adam Radlan Adam
Muhammad dan seorang pengarah syarikat perabot di Pagoh, Datuk Teo Wee
Cheng turut dihadapkan ke Mahkamah atas pertuduhan meminta dan menerima
rasuah berhubung program tersebut.